10 December 2010

Dr.Fazley Yaacob BERJAYA Menggegarkan PKB dengan Mentransformasikan Diri Ke Arah Pemantapan Kerjaya.

11 Oktober 2010, ISNIN-Politeknik Kota Bharu telah menggegarkan Dewan Jubli Perak dengan kehadiran Artis Tersohor Malaysia sebagai penceramah jemputan, Dr. Fazley Yaacob yang popular dengan lagu Asmara Ini dengan ceramah beliau yang bertajuk Motivasi Kerjaya.Kehadiran beliau di PKB mendapat sambutan yang menggalakan dari warga politeknik. Antara penceramah jemputan lain yang diundang khas menjayakan Program Kebolehpasaran Graduan ini adalah juga terdiri daripada Dr. Shukri Abdullah dan En. Fadzli Yusof dengan ceramah mereka yang juga bertajuk Motivasi Kerjaya.Manakala Pn. Maryani Bt Masarip (Training Clube) dengan ceramah beliau pula yang bertajuk "Career Coaching Programme 1",dan En. Ahmad Fauzan Bin Othman (Buana Insan Sdn Bhd) dengan ceramah beliau yang bertajuk Bengkel Transformasi Ke Alam Kerja 1.


Seminar Kerjaya yang bertemakan Transformasi Diri Ke Arah Pemantapan Kerjaya kali ini merupakan Program Kebolehpasaran Graduan yang diadakan mulai 11-13hb Oktober 2010 berlangsung serentak di Dewan Jubli Perak, Dewan Al-Ghazali dan Bilik Baiduri PKB bermula pukul 9.00pagi sehingga 5.00 petang selama tiga hari berturut-turut anjuran Unit Psikologi Dan Kerjaya Politeknik KOTA BHARU dan Unit Psikologi Dan Kerjaya Politeknik JELI, Kelantan.


Terdapat pelbagai cara digunakan oleh para penceramah dalam cuba menyampaikan mesej kepada para pelajar. Misalnya, Dr. Shukri Abdullah menggunakan pendekatan sosial bersama pelajar dengan melambung bola jarak jauh sebagai simbolik kepada usaha yang tekun dan bersungguh-sungguh adalah perlu dalam mencapai matlamat yang diinginkan. Apa yang jelas di sini dapat kita simpulkan bahawa, pelajar-pelajar ini perlu didedahkan dengan cara yang mudah difahami dan memberi kesan mendalam kepada diri pelajar dan matlamat seminar ini sendiri iaitu Transformasi Diri Ke Arah Pemantapan kerjaya, bagaimana untuk mereka mengadaptasikannya dalam pembelajaran atau kuliah. Bahkan ini juga merupakan dorongan kepada mereka menghadapi kehidupan yang lebih mencabar di alam pekerjaan nanti selepas menamatkan pengajian. Begitu juga dengan En. Fadzli Yusof dengan pendekatan ceramah beliau yang bermotivasi dan memberangsangkan minda pelajar. Ini terbukti dengan konsentrasi para pelajar disepanjang ceramah diadakan.Secara langsungnya, PKB bukan sahaja berjaya mengundang penceramah,Dr. Fazley Yaacob yang merupakan artis terkenal Malaysia tetapi juga cuba memberitahu para pelajar secara tidak langsung akan personaliti seorang artis yang cemerlang bukan sahaja dalam Bidang Seni dan Drama yang tidak asing lagi di kaca televisyen tetapi apa yang penting,dengan kesibukan dan komitmen yang tinggi sebagai artis...beliau BERJAYA sepenuhnya dalam pelajaran sehingga tersenarai sebagai satu-satunya pelajar Malaysia yang berjaya menempatkan diri dalam majalah di kalangan pelajar luar negara yang berjaya.Bukankah ini boleh dibanggakan? Bak kata pepatah Melayu, Tepuk dada tanyalah selera. Di samping itu juga, PKB cuba mengetengahkan para penceramah yang berkaliber serta intelektual sebagai ikutan dalam mentransformasikan diri para pelajar ke arah pemantapan kerjaya.


Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai dalam program ini. Antaranya:

1. Memberi pendedahan tentang cara menulis resume dengan betul
2. Memberi pendedahan tentang cara menghadiri temuduga, mempelajari etika-etika ketika menghadiri temuduga serta panduan-panduan semasa menghadiri temuduga.
3. Memberi pendedahan tentang teknik-teknik berkesan yang boleh dijadikan panduan oleh para bakal graduan dalam menghadapi dunia pekerjaan.
4. Meningkatkan keyakinan dan motivasi kepada semua peserta untuk menghadapi alam pekerjaan, dan
5. Membantu pelajar menentukan hala tuju masing-masing selepas tamat pengajian.


Ternyata sekali, program ini tidak akan berjalan dengan jayanya tanpa perancangan dan komitmen yang jitu dari semua pihak khasnya warga kerja PKB. Terima ksih diucapkan kepada Penasihat Program, En. Wan Azlan Bin Wan Ismail (Timbalan Pengarah Akademik), Pengerusinya, Tn. Hj. Mohd Fikeri bin Daud serta Timbalan Pengerusinya,Tn Hj. Azahan Hj.Daud (Ketua Unit CISEC).Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Program yang turut sama menjayakan Seminar Kerjaya ini, sesungguhnya tanpa kerjasama yang mantap, objektif program yang cuba disampaikan pasti tidak seperti yang dijangkan.Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Warga PKB kerana Muafakat. Maju PKB, Maju Untuk Negara.

No comments: