10 December 2010

PKB terbukti BERJAYA lahirkan pelajar berdaya saing dan INOVASI melalui hasil Rekacipta Projek Pelajar

20 Oktober 2010,RABU-Dewan Jubli Perak sekali lagi tampil dengan Program Politeknik Kota Bharu dengan Hari Inovasi dan Pameran Projek Pelajar, Sesi Julai 2010. Program ini adalah anjuran Unit Inovasi PKB dengan Kerjasama Jabatan Kejuruteraan Mekanila(JKM), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE),Jabatan Kejuruteraan Awam(JKA) dan Jabatan Perdagangan(JP).Program yang dijalankan selama satu hari ini yang bermula dari pagi hingga ke petang ternyata BERJAYA membuka minda dan minat pelajar-pelajar lain akan usaha yang bersungguh-sungguh pasti memberikan hasil.


Demikian, apa yang dipamerkan pada aktiviti PKB kali ini. Antara hasil Projek Pelajar yang dipamerkan ialah Mesin Penyimpanan Dan Pencarian Fail Secara Automatik. Alat ini telah BERJAYA direkacipta oleh pelajar dari Kejuruteraan Elektrik (DKE 6D) yang mana ia di bawah penyeliaan Pn. Fairozman Bt Sulaiman. Ternyata sekali para pelajar ini begitu menonjol dan berinovasi dalam ciptaan era 2020 ini. Ia bukan sahaja mempamerkan Projek Pelajar di Hari Inovasi sebagai Memenuhi Program PKB Oktober 2010 tetapi juga menggambarkan kreadibiliti dan komitmen pelajar-pelajar itu sendiri yang bersemangat setia kawan, tekun dan beriltizam yang akhirnya berjaya menghasilkan satu projek yang canggih dan moden. inilah yang boleh dibanggakan oleh warga PKB tetapi juga politeknik-politeknik di seluruh Malaysia dalam bersaing berganding bahu dan sama-sama melahirkan graduan atau Modal Insan yang berjaya bertepatan dengan matlamat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


Antara hasil projek lain yang dipamerkan pada program ini ialah Alat Pengecas Bateri dan Penguji Alternator. Antara pelajar yang berjaya merekacipta peralatan ini ialah Mohd Faiz Bin Yahaya, Ho Keong Hau dan Mohd Zarimin Bin Zahan.Manakala Grass Cutter Remote Control pula merupakan rakacipta yang dihasilkan oleh empat orang pelajar dari Kelas DAD 6B, dan penyelia mereka ialah Pn. Zakha Bt Yaakub. Sedia maklum, penyelia (Pensyarah) juga memainkan peranan penting dalam menjadi pemantau agar perjalanan dan proses menyiapkan projek berjalan lancar. Dan antara lain yang berjaya direkacipta ialah Magnetic Brake System yang berjaya dihasilkan dengan kerjasama yang toleransi dan tekun dari tiga orang pelajar iaitu G.Puspanath, Kuak Shin Hooi dan On Eng Hu.


Melihat kepada kerjasama antara setiap kumpulan, ia bukan sahaja mempamerkan hasil projek yang berjaya didapati tetapi juga apa yang paling penting, ia jelas menggambarkan peribadi dan personaliti pelajar-pelajar itu dalam kumpulan, penyelia mereka dan akhirnya kepada matlamat projek yang dijalankan meskipun di antara mereka berbagai kemahiran,kreativiti dan INOVASI tetapi juga dari berbagai bangsa, agama dan dari negeri yang berlainan di bawah matlamat projek yang satu Semangat,Satu Rekacipta. Satu Malaysia.

1 comment:

Zulkifli B Mohamed Nor said...

kerjasama antara setiap pelajar